Saturday, 8 November 2014

Home Sweet Home

Bagi sesetengah orang mesti menganggap "Rumahku Syurgaku" kan, Jadi ada yang telah menempah kek hari lahir berbentuk rumah. Masya Allah, masa nak start buatnya memang pening kepala. Mana taknya, tengah fikir macam mana nak buat rumah dengan kek. Alhamdulliah, akhirnya dapat jugak buat kek tu atas bantuan dari pembantu2 Granny's. Jom, kite tengok hasilnya.

Tada!!! Jadi tak kek rumah Granny's. Terima Kasih kepada yang membuat tempahan, Granny's sangat bersyukur dapat membuat kek yang mencabar ni. Tanpa anda memang Granny's tidak tahu kemampuan Granny's berada d tahap mana. TQVM <3

Let it Go

FROZEN



Berita terbaik untuk adik -adik yang teringin kek hari lahir bertemakan frozen, Granny's turut menjualnya. Tidak kira samada anda ingin kek yang ada patung or gambar, Granny's akan membuat mengikut kehendak pelanggan.Malahan Granny's ada membuat cupcake frozen seperti gambar di bawah.

Jadi kepada pembaca yang ingin, jangan malu-malu membuat tempahan dengan Granny's. Kami mengalu-alukan tempahan dari anda semua.

Warna Warni Kek Cawan

Kek Cawan dengan ...


Kepada sesiapa nak tempah kek cawan bentuk macam di atas, boleh aje. Jangan lupa membuat pesanan melalui handphone, fb, whatsapp atau weechat pun boleh. Cara membuat tempahan ada pada toolbar blogspot ini. Kalau buat tempahan yang banyak sudah tentu Granny's akan beri diskaun. TQVM..

Matahari

"Reka Bentuk terbaru"

Harap maaf kepada pembaca granny's sebab baru dapat update blog. Hari baru dapat update status sebab ada masa terluang. Ok untuk tidak membuang masa apa kata saya memperkenalkan design kek icing terbaru dr Granny's. First sekali saya nak tunjuk kek icing bentuk bunga matahari di bahagian atas dan sisi kek.


Untuk kek yang kedua, masih ada tema bunga matahari cuma bahagian tengahnya Granny's letak patung hello kitty. Style lain sikit dari yg pertama kan.


Tuesday, 23 September 2014

Lola Choco Moist

Khas buat anda

Kepada pembaca sekalian, Granny's telah menghasilkan satu lagi decor terbaru iaitu Lola Choco Moist dimana kek coklat di salut dengan coklat moist. Ini satu kelainan dari Kek Aising, Cream Cake dan juga Fondant. Coba lah sekarang sebelum anda semua terlepas.

Farewell Cake

Good Bye and Good Luck
To
Amierul, Hajar & Natrah




Terima Kasih kepada yang membuat tempahan kek krim dan teruslah menyokong Granny's Cake House. Tahniah kepada Amierul, Hajar & Nat sbb dpt sambung belajar. Kakak harap anda semua berjaya di dunia dan juga akhirat Amin.

Monday, 22 September 2014

Happy Birthday To You


Happy birthday arianna..moga makin chumil sechumil mummy ...may Allah bless u and ur family always...

Tuesday, 15 July 2014

butter cream


Kek butter cream yg baru siap dibuat hari ini.

Lidah kucing


Assalamualaikum semua, lama tak update blog. Hari ini kedai granny's telah menjual biskut baru iaitu boskut lidah kucing. Bila makan je mesti akan rasa macam2 rasa. Ada rasa strawberi,  oren dan macam2 g rasa. Kalu nak order or nak tau harga jangan malu2 pm kat saya ye.

Saturday, 28 June 2014

Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga anda memanfaatkan bulan yang mulia ini yang hanya datang sekali setahun. Sebelum itu saya ingin mengucapkan sekali lagi selamat berpuasa. Semoga mendapat keberkatan dari-Nya.


Wednesday, 25 June 2014

Biskut raya

Kepada semua umat islam, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bln ramadhan. Sempena bln ramadhan ni kami sudah mula menjual biskut raya dan jugak kek lapis. Sekiranya ada tempahan jangan lupa pm saya ye...



FIFA WORLD CUP

Selamat tengahari semua... Sejak musim bola ni sume mata org mcm panda terutamanya org muda la.. Semlm nak update tp lupa plak password blog geram btol. Oklah hari saya nak tunjukkan gamba cupcake yang saya buat ye.
Ada lima jenis cupcake yang saya buat semalam. Ada perisa lemon, strawberry,  coklat, vanilla and coffee.

Kalu nak order jgn lupa pm saya k...

Sunday, 15 June 2014

Takde Kereje

Boringnye~~~~~~~~~~~ tak de tempahan buat masa ini. Nak post tapi satu kek pun x buat lagi. Apa nak buat ye?? Kalau macam tu apa kata saya tunjuk gamba roti yang pernah kedai Granny's pernah buat k. First sekali saya nak tunjuk roti dalam kek. Kek ni saja je nak testing, kalau menjadi boleh la jual kan. So, in the end kek tu menjadi. Tak sangka menjadi.


Next story yang saya nak ceritakan adalah mengenai kek red velvet. Sekali tengok macam kek coklat tapi hakikatnya ia cuma sepotong kek red velvet je.

Selamat menyambut Hari Bapa

Kepada semua bapa yang berada di luar sana. Saya ingin mengucapkan


dan tak lupa buat bapa saya. Selamat hari bapa and I love u daddy semoga sihat dan dirahmati Allah s.w.t.

Sunday, 8 June 2014

Over the Rainbow

Tema Kek Aising untuk hari ini macam pelangi. Ini inspirasi lepas tengok pelangi kat depan rumah haha... tak de keja nak wat ni lah hasil nya. Harap design untuk kali ni tidak mengecewakan pelanggan.

Don't get tired with My Muffin


Muffin oh Muffin!!! Pilih la yang mana satu nak. Pink ke hijau ke coklat ke apatah lagi merah. Jangan segan-segan jamu selera dengan Muffin dari Granny's ye. Sesuai untuk minum petang.

Nestum Muffin

Thursday, 5 June 2014

Terima Kasih



Strawberry on the top

Cake Cream
Kek Cream di atasnya dihiasi dengan strawberry yang disalut dengan dua jenis Coklat.

Nak yang bertingkat

Selamat Hari Jadi Armand
Kek bertingkat-tingkat???
Percaya ke tidak di Granny's juga menjual kek bertingkat-tingkat. Selalunya dua tingkatlah macam yang ditunjukkan. Kek bertingkat ni selalunya ditempah untuk majlis perkahwinan sebab jarang orang beli untuk sambut birthday.



Kek Aising Atau Kek Fondant

Bercerita pasal kek untuk meraikan hari jadi, hari ibu, hari bapa ataupun hari guru. Bolehlah tempah di Granny's dengan menghantar design ataupun terus ke kedai dengan memilih salah satu kek yang berkenan di hati.


Kek bentuk minion pun ada


Cupcake

Di Granny's kami bukan saja menjual roti, kek dan sebagainya. Malah kami juga menjual cupcake yang dihias dengan fondant, icing or chesse. Pembeli juga boleh menempah mengikut cita rasa sendiri dengan menghantar contoh gambar kepada kami. Gambar dibawah cupcake yang telah ditempah oleh Syarifuddin our loyal customer and thanks for your full support.


Itu baru cupcake fondant kalau cupcake icing lain pulak style nya. contohnya macam gambar seterusnya. 




Cupcake Red Velvet pun ada. Cun tak??


Warung Kek


 Salam semua, first time buat blog memang tak tau nak taip ape. Jadi untuk post yang pertama ni saya nak cerita sikit pasal warung kek "Granny's Cake House" yang terletak di Lot 620 Jln Sultan Tgh, 93050 Kuching, Sarawak. Kalau nak tahu kedudukannya teliti lah gambar kat bawah nie supaya senang korang nak gi ke kedai.

Macam mana nak g ke kedai Granny's